Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jadikan amalan penjimatan sumber air keutamaan diperingkat nasional

Pairin Kitingan menerima cenderahati daripada Pengarah Jabatan Air Negeri,  Awang Mohd. Tahir Mohd. Talib - foto Ille Tugimin
Pairin Kitingan menerima cenderahati daripada Pengarah Jabatan Air Negeri. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Masyarakat wajar memainkan peranan dalam menyahut saranan kerajaan agar mempraktikan usaha penyimpanan dan penggunaan air secara berjimat cermat sebagai bekalan sekiranya negara berdepan krisis air.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, langkah penyimpanan dan penjimatan air secara berhemah itu juga perlu dittikberatkan oleh masyarakat di kawasan pedalaman.

“Peranan kita adalah untuk membantu mereka cara bagaimana mereka boleh menyimpan air. Contohnya apabila hujan, kita jangan bazirkannya, kita simpan untuk kegunaan pada masa-masa tertentu terutama musim kemarau.

“Selain itu, kita turut memberi penekanan bahawa bekalan air sangat penting bagi kegunaan domestik, pertanian dan indusrtri, begitu juga dalam sektor pelancongan yang semakin berkembang ini, maka kita lihat keperluan bekalan air bersih sangat tinggi.

“Perkara ini perlu diambil kira kerana berdasarkan kajian Majlis Air Sedunia (WWC) bahawa populasi manusia bertambah kepada 40 hingga 50 peratus dalam tempoh 50 tahun akan datang, sekaligus memberi sedikit tekanan kepada keperluan bekalan air yang kita hadapi ketika ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penutupan Persidangan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Pembangunan Infrastruktur negeri menambah, amalan penjimatan sumber air mapan perlu dijadikan keutamaan diperingkat nasional bagi memastikan pengguna sentiasa memperoleh bekalan air mencukupi.

Katanya, sejak 20 tahun lalu kerajaan negeri telah melaksanakan beberapa projek bekalan air bagi menampung keperluan bekalan air terawat, namun dengan kerancakan pembangunan dan populasi penduduk kini ia dijangka semakin bertambah berkali ganda. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan