Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jadikan al- Quran sebagai panduan hidup- Ramahjan

10:25pm 25/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 27 views i-Muslim,Tempatan
Rahmahjan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada kanak-kanak Tabika Kemas di majlis itu.

Rahmahjan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada kanak-kanak Tabika Kemas di majlis itu.

TENOM- Umat Islam di negeri ini diseru agar bersama- sama munasabah diri agar tidak terpesong dalam kehidupan yang penuh cabaran ini, kata Ketua Wanita UMNO Tenom, Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan.

Menurut Rahmahjan, umat Islam perlu menjadikan al- Quran sebagai sumber hidayah, petunjuk, rahmat serta panduan hidup.

” Saya yakin dan percaya, kita umat Islam mampu mencipta kejayaan dan kecemerlangan dengan berpandukan kepada al- Quran sebagai pendoman,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Nur Ramadhan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Tenom dengan kerjasama Badan Kebajikan Kakitangan Islam Jabatan Pertanian Tenom dan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tenom 2016 di sini semalam.

Turut hadir ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Tenom, Duli Malek Hussin, Timbalan Pengarah KEMAS Negeri, Encik Muhamad Abu Bakar, Pegawai Kemas Daerah Tenom, Cik Riyanti [email protected], ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Tenom dan ahli jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tenom.

Selain itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat agar memberi sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, rakyat beruntung kerana negara sentiasa dalam keadaan aman dan stabil di bawah kepimpinan kerajaan yang sentiasa prihatin dan bertanggungjawab.

” Kerana faktor keamanan itu, maka kita boleh mengadakan apa juga program dengan selesa, berpuasa dan beribadah dengan tenang tanpa sebarang ketakutan. Kuncinya adalah perpaduan dan kerjasama,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, soal perpaduan ini perlu sentiasa dijaga dengan baik dan terus diperkasakan lagi dari semasa ke semasa.

Dalam masa sama, seramai 50 kanak- kanak Tabika dan Taska Permata KEMAS daerah tersebut. – Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan