Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jadikan aktiviti pertanian produk pelancongan

pertanianpelancongan

MERABA: Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar bercadang untuk memperkenalkan aktiviti pertanian dijadikan antara produk yang mampu menarik kehadiran pelancong khususnya pelancong luar negara.

Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Hj Ombi berkata demikian semasa merasmikan majlis Jelajah dan Ziarah Risda sempena Ramadan yang diadakan di Masjid Nurul Iman Kampung Meraba pada Isnin.

“Sebagai contoh, perladangan getah, ramai pelancong luar negara hanya tahu produk-produk yang dihasilkan dari bahan getah, seperti tayar kereta yang mereka gunakan seharian tetapi mereka tidak tahu dari mana dan bagaimana getah di hasilkan.

“Kebanyakan mereka hanya tahu tayar, sarung tangan dan mana-mana produk dari getah tetapi tak tahu dari mana getah dan macam mana pokok getah,” kata Kamarlin.

Beliau yakin pelancong akan berminat untuk melihat sendiri dan menimba pengalaman bagaimana aktiviti pekebun getah, bermula dengan tanaman benih kemudian mereka dibawa melihat kebun pokok getah.

Apa yang penting kata Kamarlin untuk memajukan usaha seumpama ini, Pekebun kecil Getah dan Risda mahupun Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) perlu memastikan kebun-kebun getah sentiasa bersih agar ia kelihatan menarik kepada pelancong dan mewujudkan homestay kerana kemungkinan pelancong akan tinggal bermalam untuk menimba pengalaman bagaimana aktiviti pertanian dan sebagai pekebun getah dijalankan.

Beliau berkata Risda juga hendaklah lebih kreatif untuk menambah pendapatan pekebun kecil getah, kerana selain dari hasil getah, Risda memberikan tunjuk cara bagaimana daun-daun getah dikreatifkan menjadi bunga yang bukan saja boleh dijual kepada pelancong tetapi kepada orang ramai.

Dalam lawatan ke beberapa negeri katanya, sebagai contoh di Kelanatan, penduduknya menjadikan aktiviti memproses serunding, kuih muih sebagai produk pelancongan selain daripada kain batik dan mereka meraih pendapatan tambahan apabila ada pelancong yang datang melawat. Pelancong juga berbelanja membeli produk, menimba pengalaman menconteng batik dan kemudiannya membeli kain batik malah mereka beroleh pendapatan dengan menyediakan makan minum untuk pelancong.

Di Kampung Meraba, ada tiga pertanian yang boleh dijadikan asas produk pelancongan iaitu ladang getah, ladang nenas dan pulau buah-buahan.

Kamarlin menasihatkan supaya Pengerusi JKKK dan ketua kampung sepakat dengan petani-petani di kampung ini untuk bekerjasama bagi merealisasikan usaha ini, dan pihak kementerian sudah tentu akan memberikan kerjasama untuk melaksanakannya.

Dalam majlis itu, Kamarlin menyampaikan bantuan kewangan dan bahan-bahan makanan kepada ibu-ibu tunggal serta warga emas yang ditaja oleh Risda.

Komen


Berita Berkaitan