Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jadi sahabat kepada masyarakat bagi meningkatkan mutu kesihatan

1:20pm 20/07/2016 Leolerry Lajius 31 views Tempatan
Hamisa bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa Panel Kesihatan Felda Gugusan Umas, Tawau.

Hamisa bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa Panel Kesihatan Felda Gugusan Umas, Tawau.

Tawau : Panel Penasihat Kesihatan di negeri ini di nasihatkan agar menjadi penghubung erat antara Pusat Kesihatan dan masyarakat sekitar.

Perhubungan dua hala ini sangat penting bagi menyalurkan maklumat kesihatan yang tepat kepada masyarakat dan peranan ini perlu diinstitusikan bagi kepentingan bersama.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, menangani permasalahan masyarakat yang  berkaitan dengan kesihatan perlu menjadi objektif utama ahli panel dan segala permasalahan itu kelak perlu dibentangkan di Klinik Kesihatan daerah masing-masing untuk di proses dan mencari jalan penyelesaian.

Beliau juga beranggapan bahawa dengan taraf kesihatan yang tinggi di negeri ini, segala objektif pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik dan fokus menjadikan negeri ini maju di masa akan datang dapat dicapai.

“Sekiranya mutu kesihatan di pandang remeh oleh masyarakat, negeri ini akan jauh ketinggalan ke belakang kerana masyarakatnya tidak sihat dan bagi mengelakkannya, tanggung jawab diletakkan di atas bahu panel kesihatan,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa kunjungan hormat Panel Kesihatan Felda Gugusan Umas, Tawau di sini kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Panel  Kesihatan Felda Gugusan Umas, Galuh Abd Rahman serta ahli jawatankuasanya.

Dalam kunjungan itu, Panel Kesihatan Felda Gugusan Umas menyerahkan surat pelantikan kepada Adun Tanjong Batu sebagai penaung untuk panel kesihatan tersebut.

Panel Kesihatan Felda Gugusan Umas, merupakan panel kesihatan yang paling aktif di seluruh Sabah./SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan