Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jadi mumia seminggu lepas mati

9:12am 04/03/2016 Pak Roshan 22 views Global
KEADAAN mayat Bajorat ketika ditemui dalam kapal layar miliknya.

KEADAAN mayat Bajorat ketika ditemui dalam kapal layar miliknya.

Manila: Mayat pelayar Jerman yang ditemui dalam keadaan seperti mumia di dalam sebuah kapal layar baru-baru ini dipercayai terawet dalam tempoh seminggu selepas kematiannya.

Polis berkata, identiti mangsa, Manfred Fritz Bajorat dikenal pasti berdasarkan dokumen yang ditemui pada sebuah kapal layar yang hanyut di perairan negara itu pada minggu lalu.

Jurucakap polis, Wilben Mayor berkata, bedah siasat pada mayat Bajorat mendapati lelaki itu maut akibat sakit jantung.

“Mangsa yang berusia 59 tahun dianggarkan meninggal dunia kurang atau lebih tujuh hari sebelum mayatnya ditemui,” katanya.

Media turut menyiarkan gambar mayat lelaki itu yang sedang duduk di meja di kabin utama kapal layar berkenaan.

Pakar forensik memberitahu cuaca panas, angin dan keadaan laut yang masin menyebabkan mayat itu cepat terawet atau menjadi mumia.

Keputusan bedah siasat itu secara tidak langsung menolak andaian mangsa mati akibat perbuatan jenayah.

Kapal layar sepanjang 13 meter itu ditemui hanyut oleh nelayan tempatan di pinggir Lautan Pasifik pada Jumaat lalu.

Ia ditemui kira-kira 100 kilometer dari bandar Borobo.

Ketua polis Borobo, Mark Navales berkata, udara yang bercampur air masin menyebabkan mayat mangsa terpelihara. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan