Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jadi lelaki sebenar baru boleh pinang

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Riyadh: Seorang lelaki Saudi terkejut apabila diberitahu oleh bapa gadis yang hendak dipinangnya supaya mengubah penampilannya sebelum dia boleh berkahwin dengan anaknya.

“Bapa gadis itu memberitahu lelaki berkenaan, dia mesti menukar penampilannya kepada lelaki sejati supaya dia boleh mengahwini anaknya. Selagi dia tidah mengubah penampilannya, pinangannya tidak akan diterima,” lapor akhbar Sada dari bandar Baha, selatan Saudi.

Menurut laporan itu, bapa gadis berkenaan tidak berkenan dengan penampilan lelaki itu yang dikatakan kelihatan seperti wanita, dengan rambut panjang dan berpakaian ketat.

“Kelakuannya juga seperti wanita, menyebabkan bapa itu berpendapat, lelaki itu lebih wanita daripada lelaki. Rambutnya yang panjang tidak sesuai dengan seorang lelaki,” lapor akhbar itu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan