Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jadi jerangkung

Gambar wanita itu yang diambil ketika cuma seberat 16kg, 10 tahun lalu. – Daily Mail

 

Kyoto: Seorang wanita berkongsi gambarnya yang kurus kering dengan berat cuma 16 kilogram (kg) kerana menjadi mangsa dera datuk sendiri sebelum diselamatkan, 10 tahun lalu.

Dalam swafoto yang dimuat naik ke Twitter, wanita yang kini berusia 20-an dari Kyoto itu berkata, datuknya enggan memberinya makan, malah memukulnya jika melihatnya berbuat demikian. Gambar itu jelas menunjukkan dia cuma tinggal kulit dan tulang dengan pinggul serta rusuk dapat dilihat jelas tidak ubah seperti jerangkung.

Swafoto berkenaan diambil sebelum dia dimasukkan ke hospital, 10 tahun lalu, selepas diselamatkan.

“Datuk melarang saya makan, malah jika melihat saya berbuat demikian dia menendang perut saya atau memaksa makanan itu diluahkan semula.

“Penderaan fizikal itu membuatkan saya muntah-muntah. Namun saya amat bernasib baik. Selepas diselamatkan, pakar memberitahu saya sebenarnya sudah di ambang maut, malah boleh mati dalam beberapa minit jika tidak ditemui,” katanya.

Susulan itu, wanita berkenaan menggesa sesiapa yang menjadi mangsa dera atau mempunyai masalah pemakanan supaya tidak teragak-agak meminta bantuan sebelum terlambat.

Pengguna media sosial pada mulanya menuduh wanita itu memalsukan gambar berkenaan menyebabkannya memuat naik beberapa imej lagi menunjukkan dia di hospital dengan kesan lebam pada leher dan dada.

“Saya kini pulih sepenuhnya dan berat badan juga pada kadar sihat,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan