Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jadi duyung atasi trauma lemas

9:43am 19/07/2016 Pak Roshan 23 views Global
HAYWARD bersama ekor duyungnya. - Agensi

HAYWARD bersama ekor duyungnya. – Agensi

Melbourne: Seorang lelaki berjaya mengatasi traumanya akibat hampir mati lemas ketika kecil dengan menjadi ‘ikan duyung.’

Daniel Hayward, 37, hampir mati lemas ketika berusia tiga tahun selepas jatuh ke dalam kolam renang di rumahnya menyebabkan dia trauma dan takut pada air sehingga dewasa.

Bagaimanapun, empat tahun lalu dia ternampak video di Internet menunjukkan seorang lelaki memakai ‘sirip’ seperti ekor duyung dan memberanikan diri mencubanya untuk mengatasi rasa takut itu.

Selepas membeli ‘ekor duyung’ ungu dibuat daripada kain likra, Hayward akhirnya berjaya mengatasi traumanya, malah kini menggunakannya untuk berenang setiap minggu di kolam renang berhampiran kediamannya.

“Saya sebelum ini panik setiap kali menghampiri kolam air kerana trauma dialami. Secara tidak langsung, menggunakan ekor duyung seolah-olah mencipta watak fantasi untuk mengalihkan rasa takut saya.

“Kadangkala saya berangan saya separuh manusia, separuh ikan dan ini membolehkan saya mengetepikan perasaan takut. Malah saya kini dikenali sebagai Merman (duyung lelaki) Dan,” katanya.

Dia kini menjadi sukarelawan dengan Sea Shepherd yang menyebarkan kesedaran mengenai alam sekitar terutama berkaitan dengan ekosistem lautan, dan memberi ceramah serta menyertai kempen di sekolah dan universiti sambil memakai ‘ekor duyungnya.’ – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan