Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jaclyn Victor perkenal suami

suami jacklyn

KUALA LUMPUR: Penyanyi Jaclyn Victor mengumumkan sudah berkahwin dengan penyanyi kumpulan R&B Az Yet, Shawn Rivera pada 19 Julai lalu.

Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36, mendedahkan berita itu, sekali gus memperkenalkan suaminya kepada media pada majlis di Istana Budaya, di sini, semalam.

Juara Malaysian Idol musim pertama itu berkata, mereka berkahwin di The First Unitarian Church of Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) disaksikan 35 tetamu selepas setahun setengah mereka menjalin hubungan cinta.

“Majlis itu sebuah majlis yang sangat bersifat peribadi yang dihadiri 35 ahli keluarga sahaja,” katanya. Difahamkan, Jaclyn dan Rivera, 40, berkenalan buat pertama kali ketika mereka bekerjasama dalam lagu Magical Moment terbitan KRU Studios, awal tahun lalu.

Rivera yang juga anggota kumpulan R&B Az Yet yang popular pada era 90-an kini bergiat aktif sebagai penulis, produser dan ahli muzik yang menetap di AS.

Sebuah resepsi kecil untuk ahli keluarga dijangka diadakan pada September depan.

Kata penyanyi lagu Gemilang itu, dia mengambil keputusan merahsiakan berita itu kerana secara peribadinya dia seorang yang perahsia dalam hal peribadi.

Rivera pula berkata, dia menyenangi personaliti dan kecantikan Jaclyn serta mengakui wanita itu cinta pandang pertamanya.

Komen


Berita Berkaitan