Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jack Ma Kagum Dengan Kepimpinan Najib

SEPANG – Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma berkata beliau kagum dengan kepimpinan, visi dan tekad Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya dalam merealisasikan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).

Beliau berkata kerajaan Malaysia telah berusaha keras dalam menjadikan persekitaran yang mesra perniagaan dengan menyelesaikan semua halangan dalam masa singkat untuk memberi manfaat kepada sektor e-dagang.

“Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada perdana menteri, semua menteri dan rakyat yang bekerja keras untuk memastikan perkara ini berjaya dilaksanakan.

“Saya ingin katakan bahawa saya amat terkejut dengan visi dan kepantasan Malaysia. Hampir setahun lepas, perdana menteri dan saya bertemu di China, dalam masa lima minit kami bersetuju dengan DFTZ dan hari ini ia diadakan di Malaysia,” katanya dalam ucapannya selepas pelancaran fasa pertama DFTZ di sini hari ini.

Ma berkata banyak negara hanya bercakap mengenai bagaimana untuk melakukan sesuatu bagi perniagaan kecil, tetapi Malaysia dan kerajaannya yang memastikan ia benar-benar dilaksanakan.

Terdahulu, Najib dan Ma melancarkan secara rasmi DFTZ Malaysia dengan penyertaan lebih 1,972 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sedia eksport.

DFTZ Malaysia, yang pertama di luar China, dilancarkan pada 22 Mac lepas oleh Najib bersama-sama Ma.

Zon perdagangan itu antara lain menyediakan zon fizikal dan maya bagi membantu PKS memanfaatkan penumpuan pertumbuhan eksponen ekonomi Internet dan aktiviti e-dagang rentas sempadan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan