Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,768

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jabatan Tanah dan Ukur laksanakan projek mempercepatkan pemberian hak milik tanah adat

6:15pm 12/04/2016 Leolerry Lajius 139 views Tempatan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Madius Tangau (tengah) dan Saffar bersama penduduk kampung mengambil gambar ketika majlis tersebut.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Madius Tangau (tengah) dan Saffar bersama penduduk kampung mengambil gambar ketika majlis tersebut.

TUARAN: Sejak tahun 2012 sehingga kini, Jabatan Tanah dan Ukur telah berjaya menyiapkan pengukuran 57 Geran Komunal dengan jumlah keluasan 24, 016 hektar yang memberi manfaat kepada 8,986 benefisiari Anak Negeri.

Menurut Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Hj. Safar Bin Untong, Jabatan Tanah dan Ukur juga berjaya menyelesaikan pengukuran 9,037 Lot Pendudukan Individu dengan jumlah keluasan 15, 138.54 hektar yang melibatkan 73 buah kampung di seluruh Sabah.

“Dua pendekatan baru iaitu Pengeluaran Geran Komunal dan Pengukuran Lot Pendudukan telah dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur untuk mempercepatkan pemberian hak milik tanah adat negeri dan pada masa yang sama dapat melindungi kepentingan anak negeri ke atas tanah-tanah NCR mereka.”

“Geran Komunal dan Geran Individu hasil pengukuran Lot Pendudukan tidak boleh dijual kecuali diwariskan kepada pewaris terdekat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis taklimat pengukuran Tanah Hak Adat Anak Negeri sempena lawatan Pemantauan oleh Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Dato Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusuf, ke Lembah Kiulu, di sini, hari ini.
Menurut Safar, Program Pengukuran Tanah Hak Adat Negeri ini adalah dilaksanakan dengan bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan melalui Program Khas Anak Negeri Sabah (PKAN).

“Sejak tahun 2012 sehingga tahun 2015, peruntukan berjumlah RM65, 703, 600.00 telah disalurkan kepada Jabatan Tanah dan Ukur untuk melaksanakan program pengukuran ini.”

“Melalui program pengukuran ini, satu pangkalan data tanah anak negeri juga ditubuhkan untuk membolehkan pengurusan dan pentadbiran tanah-tanah anak negeri dilaksanakan dengan lebih berkesan,”katanya.

Jabatan Tanah dan Ukur juga merancang untuk menyediakan kaunter perkhidmatan berkomputer di kesemua 25 Pejabat Tanah Daerah untuk memberikan perkhidmatan kaunter yang lebih berkesan kepada pelanggan khasnya berkaitan hal ehwal tanah anak negeri.

Sehingga kini, 10 kaunter sedemikian telah disediakan untuk tujuan tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Hj. Safar Bin Untong.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Hj. Safar Bin Untong.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan