Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jabatan Pertanian hapus penularan rumpai miang Mexico

Yahya Hussin (kiri) dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sedang berbincang sesuatu sebelum persidangan bermula dalam Dewan Mesyuarat DUN. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Yahya Hussin (kiri) dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sedang berbincang sesuatu sebelum persidangan bermula dalam Dewan Mesyuarat DUN. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Jabatan Pertanian Sabah negeri berjaya menangani isu rumpai miang Mexico, Parthenium hysteropnorus, yang memudaratkan dan dikesan tumbuh di beberapa kawasan di negeri ini, menerusi beberapa strategi kawalan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, pihaknya melalui Jabatan Pertanian turut membentuk satu jawatankuasa iaitu Panel Pengawasan dan Pengawalan Perosak disamping mengaktifkan bilik gerakan di peringkat ibu pejabat Jabatan Pertanian.

Menurutnya, hasil pemantauan mendapati rumpai itu tidak merebak ke seluruh negeri dan ia hanya tumbuh di kawasan kecil di enam daerah iaitu Ranai, Keningau, Tenom, Tuaran, Sipitang dan Kota Marudu melibatkan 16 lokasi.

“Strategi kawalan jangka pendek yang dilakukan termasuk pemantauan, penghapusan, pembendungan dan kempen kesedaran telah dilakukan,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Ahmad Bujang (BN-Sindumin) yang bertanyakan sama ada terdapat rumpai miang Mexico Parthenium hysteropnorus, yang mendatangkan kemudaratan tumbuh di negeri ini serta tindakan diambil oleh kementerian untuk mengekang pembiakan rumput itu.

Katanya, rumpai miang Mexico itu dikenalpasti dan disahkan tumbuh di Kampung Lasing, Ranau pada 14 Disember tahun lalu dengan keluasan serangan 12’x12′.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata, Jabatan Pertanian juga telah membentuk strategi jangka panjang melalui program pembangunan dan penyelidikan mengenai rumpai miang Mexico dan melaksanan pemantauan dan kawalan secara berterusan.

Katanya, satu prosedur operasi standard juga telah disediakan bagi mengurus serangan rumpai miang Mexico itu.

“Hasil kerja keras para pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi kementerian, maka serangan rumpai ini berjaya dihapus dan dibendung daripada merebak ke lokasi lain,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan