Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,755

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jabatan Pertanian, FAMA laksanakan ‘My Kampung My Future’ di Tawau

2:11pm 24/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 8 views Laporan Sidang DUN,Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin

KOTA KINABALU- Jabatan Pertanian dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah melaksanakan program ‘My Kampung My Future’ (MKMF) di Kg. Merontai Besar, Tawau.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata program tersebut bertujuan meningkatkan penglibatan golongan belia di kawasan luar bandar yang terlibat dalam aktiviti ekonomi yang mampu menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi negara.

” Program ini mula dilaksanakan pada Julai 2013 melibatkan 13 orang peserta dan masih diteruskan sehingga kini.

” Program ini merangkumi projek tanaman sayur- sayuran dan tembikai, projek ternakan lebah madu kelulut serta projek fertigasi tanaman rock melon dan cili,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chan Foong Hin (DAP- Sri Tanjong) berkenaan usaha- usaha kementerian dalam menggalakkan aktiviti pertanian di Daerah Tawau, dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) disini hari ini.

Menurut Yahya, kementerian melalui Jabatan Pertanian juga telah melaksanakan beberapa program kotanaman pertanian di daerah Tawau.

Antaranya, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Projek Inkubator Usahawan dan Pembangunan Komoditi Tanaman melibatkan tanaman padi di Pulau Sebatik, buah- buahan, tanaman industri dan tanaman singkat masa.

” Di bawah program pembangunan komoditi tanaman, disediakan bantuan- bantuan berbentuk insentif pembajakan tanah sawah padi, input pertanian, bahan tanaman dan perkhidmatan menyediakan kawasan bagi membantu petani membangunkan tanaman- tanaman makanan yang berkenaan.

” Selain itu, Jabatan Pertanian juga menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran teknikal dalam aspek Agronomi, pengurusan perosak, fisiologi dan pemakanan tumbuhan, analisa pestisida, analisa kimia pertanian dan pengurusan sumber tanah,” jelasnya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan