Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jabatan Perikanan Sabah dan SIRIM Berhad menandatangani MoU dalam membangunkan industri perikanan

Sesi menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Jabatan Perikanan Sabah (kiri) dan Sirim Berhad.
Sesi menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Jabatan Perikanan Sabah (kiri) dan Sirim Berhad (kanan).

KOTA KINABALU- Satu majlis pemeteraian Perjanjian Persefahaman rasmi pertama antara Jabatan Perikanan Sabah dengan SIRIM Berhad diadakan di Ibu Pejabat Perikanan, Wisma Pertanian Sabah, disini, hari ini.

Menurut Pengarah Perikanan Sabah, Dr Ahemad Sade, tujuan utama memorandum persefahaman itu adalah untuk melihat peluang- peluang kerjasama yang bersesuaian dengan kehendak semasa dan perancangan jabatan pada masa akan datang.

“Melalui memorandum persefahaman ini, saya boleh katakan banyak bidang boleh dicadangkan untuk keperluan kerjasama… Disamping latihan teknikal bersama dalam membangun industri nelayan pesisir pantai.

“Antaranya adalah kerjasama di bidang program pembangunan industri huluan dan hiliran samaada perikanan tangkap marin ataupun bidang yang memerlukan inovasi peralatan dan teknologi terkini,”katanya

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis pementeraian Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan Sabah dan SIRIM Berhad di Wisma Pertanian, hari ini.

Selain itu, Dr Ahemad berkata kerjasama tersebut dapat mengeratkan hubungan diantara jabatan dan agensi dalam membangun industri perikanan di Sabah dan melaksanakan aktiviti- aktiviti yang diramcang secara lebih cepat dengan kos yang minima.

Hadir sama, Presiden merangkap Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Dato’ Dr Hj. Zainal Abidin Mohd Yusof. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan