Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,725

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jabatan Perhutanan Sabah Nafi Berlaku Pembalakan Haram Di Balong Kokos, Tawau

4:33pm 14/06/2016 Pak Roshan 781 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU : Jabatan Perhutanan Sabah menafikan berlaku pembalakan haram di kawasan hutan berdekatan Balong Kokos di sini.

Kenyataan akhbar menerusi laman rasmi jabatan itu menyatakan adalah disahkan pembalakan yang dilaporkan itu adalah di kawasan Tanah Hak Milik dan bukan di dalam kawasan Hutan Simpan, Perlindungan ataupun Taman Negeri.

Tanah hak milik persendirian itu berkeluasan 946 hektar dengan kerja memulakan pembangunan tanah berkeluasan 70 hektar dan sedang dibangunkan termasuklah tebangan kayu, menurut kenyataan itu.

Ia bagi mengulas sebuah artikel yang telah disebarkan di laman Facebook baru-baru ini berkenaan tuduhan pembalakan haram di kawasan berdekatan Balung Kokos.

Kenyataan itu menambah balak hasil dari pembangunan di tanah persendirian itu telah dikenakan cukai dan cukai yang diwajibkan telahpun dibayar kesemuanya.

Balak-balak yang dikeluarkan adalah sah dari segi undang-undang.

Jabatan itu menyifatkan segala tohmahan dan tuduhan bahawa balak terbabit hasil pembalakan haram adalah tidak betul, tidak berasas dan hanyalah fitnah semata-mata.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan