Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jabatan Penjara Sabah Perlu Tingkat Profesionalisme Seiring Perubahan Masa

11:57am 15/03/2016 Pak Roshan 46 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

penjara

KOTA KINABALU : Jabatan Penjara Sabah perlu meningkatkan tahap profesionalismenya agar mampu bergerak seiring dengan perubahan masa.

Pengarah Penjara Sabah dan Labuan Suria Idris berkata peranan penjara masa kini semakin mencabar, khususnya dalam memulihkan pesalah yang menjalani hukuman.

“Kita mengharapkan pegawai dan anggota kita mendidik diri masing-masing dalam pengurusan banduan supaya apabila mereka (banduan) bebas nanti, mereka boleh menjadi aset kepada negara.

“Dari masa ke masa, pihak penjara mencari jalan untuk meningkatkan pendekatan kita untuk memulihkan banduan agar mereka tidak sia-siakan kehidupan bebas mereka kelak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Kompleks Penjara Kota Kinabalu sempena sambutan Hari Penjara Malaysia Ke-226 di sini hari ini.

Suria berkata Jabatan Penjara Sabah sentiasa bersedia dalam berdepan dengan cabaran yang mendatang sesuai dengan peredaran masa.

Beliau berkata pihaknya terbuka menerima modul pemulihan baharu yang mampu mengubah sikap banduan agar tidak mengulangi kesalahan mereka sebelum ini.

Suria berkata selain enam kompleks penjara di Sabah iaitu di Labuan, Keningau, Tawau, Sandakan dan dua di Kota Kinabalu, Jabatan Penjara Sabah juga mempunyai Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) di Kota Belud yang mula beroperasi sejak Ogos tahun lepas.

Menurutnya, pusat itu, yang kini mempunyai 142 penguni, merupakan sebuah usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan Kementerian Pertahanan.

“Penghuni di pusat ini banyak membuat kegiatan kemasyarakatan, termasuk kerja penyelengaraan untuk pihak tentera di Kota Belud,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga menyelia sebuah rumah transit di Kota Kinabalu bagi membantu banduan, yang selesai menjalani hukuman, untuk berdikari di luar tembok penjara.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan