Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jabatan Penerangan Sabah Anjur Program Semarak Rakyat Komuniti 1Malaysia

11:49am 14/06/2014 Pak Roshan 73 views Kota Kinabalu,Tempatan

penerangan

KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan Sabah akan menganjurkan Program Semarak Rakyat Komuniti 1Malaysia pada 21 dan 22 Jun di padang SK Likas Kota Kinabalu di sini.

Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Almain Ajirul berkata program itu bagi menghimpunkan dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sabah.

“Program itu mengandungi beberapa aktiviti yang sesuai di semua peringkat umur seperti Senamseni, Sukan Rakyat, Pertandingan Tarik Tali, Pertandingan Mewarna, Ratu Fesyen Kanak-Kanak dan Bintang 1Malaysia (Karaoke),” katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Almain berkata selain itu, pelbagai gerai jualan dan gerai pameran setiap agensi kerajaan dan NGO akan turut diadakan.

Beliau berkata sebanyak sembilan Komuniti 1Malaysia Bahagian Pantai Barat Selatan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), beberapa agensi dan NGO terlibat dalam program ini.

Orang ramai dijemput untuk berkunjung pada program yang bermula pukul 8 pagi dan berakhir 10 malam itu yang akan diserikan dengan persembahan artis-artis tempatan dan hiburan bermaklumat ‘Pentarama’.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi anggota Jawatankuasa Program, Stephen Jipolin Jouti 016-8211519 atau Fadzlee Ibrah 011-14150800.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan