Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jabatan Pendidikan Tarakan Minat Pelajari Pengalaman Sekolah Di Tawau

tarakan

TAWAU : Dinas (Jabatan) Pendidikan Tarakan, Indonesia, berminat mempelajari pengalaman beberapa sekolah cemerlang di sini sebagai pendorong untuk sekolah di wilayah mereka agar terus maju.

Ketua Dinas (Pegawai Pendidikan) Pendidikan Tarakan Mohamad Syafie berkata pihaknya amat berterima kasih kepada guru-guru di ketiga-tiga sekolah yang dilawati atas perkongsian pengalaman mereka.

Rombongan seramai 35 orang itu melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Bombalai, SK Pasir Putih dan SK Bahagia yang berada dalam kelompok 10 terbaik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) negeri Sabah 2015.

Sementara itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Tawau Karim Hadi berkata jabatannya akan melakukan lawatan balas ke Tarakan bagi meningkatkan pengetahuan para guru yang terlibat.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan