Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jabatan Pendidikan Sabah Pastikan Pendawaian Sekolah Dinaik Taraf – Pengarah

7:12pm 03/02/2016 Pak Roshan 133 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

jame alip

TAWAU : Jabatan Pendidikan Sabah akan memastikan sistem pendawaian di semua sekolah di negeri ini dinaik taraf daripada 1-phase kepada 3-phase bagi memastikan bekalan elektrik mencukupi, kata Pengarahnya Datuk Jame Alip.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan pada tahun lepas telah memperuntukkan RM15 juta untuk menukar sistem pendawaian sekolah di seluruh Sabah.

“Tahun lepas kami telah gunakan RM4 juta untuk tujuan itu dan selebihnya RM11 juta lagi kami harap dapat diselesaikan pada tahun ini dan memastikan tidak ada lagi sekolah mengguna pakai pendawaian 1-phase,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada pelajar yang menjadi mangsa kebakaran Kg Airport Lama, di Dewan SK Bandar 1, di sini hari ini.

Katanya semua pengetua dan guru besar perlu memastikan sistem pendawaian di sekolah masing-masing telah dinaik taraf dan berada dalam keadaan baik.

Katanya pentadbir sekolah serta guru juga perlu prihatin dengan musim kering ketika ini akibat fenomena El-Nino dan menasihatkan pelajar agar tidak sesekali melakukan pembakaran bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Mengenai pembangunan sekolah di Sabah, Jame berkata, beliau sedaya upaya akan melaksanakan segala projek pembangunan yang telah dirancang, antaranya usaha membina dan menaik taraf sekolah daif.

Mengulas keengganan sesetengah pihak sekolah memberi kerjasama kepada media berhubung sesuatu kes atau kejayaan sekolah terbabit, katanya Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tidak pernah melarang pengetua atau guru besar untuk memberi kerjasama kepada media melainkan soal isu dasar yang telah ditetapkan.

Pada majlis itu, 87 pelajar daripada beberapa buah sekolah di daerah ini yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kg Airport Lama menerima bantuan hasil sumbangan Bahagian Kebajikan JPN, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, Persatuan Guru-Guru Wanita Sabah, dan Majlis Guru-Guru Besar Tawau.

Kebakaran pada Sabtu lepas itu melibatkan 48 buah rumah setinggan dan menyebabkan 76 keluarga hilang tempat tinggal.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan