Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jabatan Pendidikan Sabah nafi asrama guna tilam buruk

7:09pm 04/01/2016 Pak Roshan 4490 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
PENGARAH JPNS, Datuk Jame Alip.

PENGARAH JPNS, Datuk Jame Alip.

KOTA KINABALU Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) menyangkal dakwaan kononnya asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tulid di Pensiangan, menggunakan tilam yang telah rosak.

Ia berikutan tersebar beberapa gambar yang menjadi viral di media sosial termasuk sekeping gambar menunjukkan beberapa pelajar sedang berbaring di atas tilam rosak.

Pengarah JPNS, Datuk Jame Alip, berkata sejurus selepas gambar berkenaan tersebar, pihaknya menjalankan siasatan dengan laporan awal juga diserahkan kepada Unit Aduan JPNS.

“Daripada penjelasan pengetua sekolah terbabit, wujud unsur sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaibkan sekolah berkenaan.

“Semua tilam yang rosak itu sebenarnya telah dikumpul oleh pihak pengurusan asrama bagi tujuan pelupusan, namun telah diselongkar pihak tidak bertanggungjawab,” katanya di sini, sebentar tadi.

Jame berkata, sekolah terbabit sudah mendapat perolehan tilam menerusi peruntukan makanan asrama dan semua tilam baharu telah dihantar ke asrama berkenaan, semalam.

“Sehubungan itu, saya meminta pihak yang menyebarkan gambar itu supaya menghentikannya kerana ia menimbulkan salah faham dalam kalangan ibu bapa,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan