Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JABATAN LAUT BELANJA RM20 JUTA UNTUK NAIK TARAF 11 RUMAH API DI SABAH

rumah api

TAWAU, 12 Jan : Jabatan Laut Malaysia Sabah membelanjakan sebanyak RM20 juta untuk menaik taraf 11 buah rumah api di Sabah tahun ini, kata pengarahnya Rosnan Fathlal.

Beliau berkata kerja menaik taraf rumah api tersebut dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan.

“Pada masa ini, kami sedang menaik taraf dua buah rumah api iaitu di Tungku Point dan di Pulau Usukan melibatkan kos sebanyak RM4 juta,” katanya kepada  pemberita selepas majlis serah terima dua boya tambatan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), di sini hari ini.

Beliau berkata penambahbaikan rumah api itu diharap dapat meningkatkan fungsinya sebagai menara untuk membantu ahli pelayaran, juru mudi atau nakhoda kapal untuk belayar dan berlabuh dengan selamat.

Sementara itu, Rosnan berkata penyerahan dua boya tambatan bernilai RM200,000 itu diharap dapat membantu ESSCom mempertingkat lagi tahap keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Kami akan terus memberi kerjasama dengan ESSCom untuk memastikan tahap keselamatan di Sabah terus terjamin. Selain itu kami juga bersedia untuk membantu ESSCom dari segi aset,” katanya.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan