Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jabatan Kesihatan Tawau ungguli Futsal Piala SUP Sabah

KOTA KINABALU : Pasukan Jabatan Kesihatan Tawau mengungguli Kejohanan Futsal Piala Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP) Sabah.

Pasukan itu berjaya menewaskan 32 pasukan lain dalam perlawanan liga di Gelanggang Futsal, Borneo Sport Arena (BSA) Kolombong, baru-baru ini.

Saingannya, Felda Sabah menempatkan diri sebagai naib johan setelah ditewaskan 0-1, manakala Bank Simpanan Nasional (BSN) di tempat ketiga mengalahkan Jabatan Kesihatan Kota Kinabalu di tempat keempat dengan jaringan 1-0.

Berucap merasmikan kejohanan tersebut, SUP Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani berkata kejohanan berkenaan bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan dalam mewujudkan rakyat Malaysia yang cergas pada fizikal dan mental, di samping memupuk perpaduan.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dr. Jalaluddin Mohd Ali dan beberapa pegawai kanan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan)./Penerangan-

JUARA…Pasukan Jabatan Kesihatan Tawau muncul juara dalam kejohanan itu.

Komen


Berita Berkaitan