Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jabatan Kerajaan dan Agensi perlu perjelas GST

8:53am 01/06/2014 Pak Roshan 16 views Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin

pic-72

KOTA KINABALU: Rakyat perlu diberi penerangan jelas mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi mengelak kekeliruan terhadap pelaksanaan sistem cukai baharu itu pada tahun hadapan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Yahya Hussin berkata, penerangan yang telus, jelas dan bersungguh-sungguh mampu menangkis tindakan tidak bertanggungjawab pembangkang untuk mengelirukan rakyat mengenai pelaksanaan GST.

“Pembangkang hanya menunggu waktu untuk menimbulkan isu GST ini bagi mengelirukan selain menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan.

“Untuk itu kita mahu jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Jabatan Penerangan negeri memainkan peranan penting dalam memberi penjelasan serta penerangan kepada pemimpin masyarakat dan rakyat mengenai GST selain pelbagai subsidi yang disediakan kerajaan untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Bicara Gemilang (Wacana Ilmu negara) di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Pengarah Jasa negeri, Abdul Manap Lakariba dan program berkenaan dianjurkan Jasa negeri dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan