Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jabatan Kastam Beri Kerjasama Penuh Kepada ESSCom Banteras Penyeludupan Di ESSZone

ESSCOM

LAHAD DATU : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bagi membanteras aktiviti penyeludupan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata langkah itu sejajar dengan visi dan misi jabatan berkenaan yang bertekad untuk mengurangkan penyeludupan di negara ini, termasuk di ESSZone.

“Isu penyeludupan bukan mudah ditangani malah di negara-negara maju seperti England yang mempunyai kemudahan pengesan yang canggih pun, aktiviti penyeludupan masih berlaku.

“Jabatan Kastam secara sendirian tidak dapat mengekang aktiviti penyeludupan. Kami memerlukan sokongan semua pihak terutama ESSCom. Sebab itu, saya datang ke sini (ibu pejabat ESSCom) untuk mendengar taklimat dan berbincang bagaimana memantapkan lagi operasi rondaan bersama di perairan ESSZone,” katanya.

Khazali berkata demikian dalam ucapannya selepas mendengar taklimat mengenai peranan dan fungsi ESSCom yang disampaikan Penolong Ketua Staf Perisikan ESSCom Supt Che Aris Bakar.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Ruji Ubi, Timbalan Komander ESSCom Brig Jen Datuk Md Rahim Mohamad dan pegawai kanan ESSCom.

Sementara itu, Md Rahim mencadangkan agar ESSCom dan JKDM mengenal pasti mekanisme terbaik, termasuk operasi bersama untuk memerangi aktiviti penyeludupan di ESSZone.

“Sebelum ini, operasi khas melibatkan pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan telahpun dilancarkan di Sandakan dan Tawau.

“Kita harap operasi bersama antara ESSCom dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dapat mencapai sesuatu yang lebih baik,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan