Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jabatan Imigresen Tahan 18 PATI Di Tawau

pati tawau

TAWAU : Jabatan Imigresen Tawau menahan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu dengan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di dua lokasi berasingan di daerah ini, semalam.

Ketua Pejabat Imigresen Tawau, Noraini Rasi berkata dalam operasi di beberapa rumah pekerja termasuk rumah tumpangan di kawasan bandar Tawau dari 11 malam hingga 1 pagi, seramai 61 individu diperiksa.

“Hasil pemeriksaan, tiga lelaki Filipina, dua lelaki Indonesia dan seorang wanita Indonesia ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Kesemua mereka berumur 16 hingga 35 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam operasi di Jalan Sin Onn dan Gudang 4, Noraini berkata 73 individu diperiksa dan daripada jumlah itu, 12 lelaki Filipina ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah.

Kesemua mereka ditahan kerana melanggar peraturan Imigresen Seksyen 6(1)(c).

Noraini meminta orang ramai memaklumkan kepada Jabatan Imigresen jika mengetahui lokasi PATI berada atau bersembunyi.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan