Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JABATAN HUTAN SABAH RAMPAS BAKAKUK, 50 KG DAGING BABI HUTAN

bakakuk

KOTA KINABALU, 6 Feb (Bernama) — Jabatan Hidupan Liar Sabah merampas dua laras bakakuk (senapang buatan sendiri) serta daging babi hutan seberat 50 kilogram dalam operasi penguatakuasaan di Sipitang, semalam.

Pegawai Penyiasat agensi itu, Melvin Armandus berkata, dalam operasi berkenaan, dua ekor babi hutan yang dirampas itu telah dikerat-kerat dan dipercayai telah diburu secara haram.

“Daging tersebut iaitu babi hutan dipercayai hasil daripada pemburuan haram kerana pemilik tidak mempunyai lesen memburu komersial,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya selain bakakuk, pihaknya turut merampas beberapa butir peluru hidup. Menurutnya lima suspek turut ditahan untuk membantu siasatan manakala bakakuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata agensi itu akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi membendung jenayah hidupan liar di negeri ini.

Katanya kesedaran orang awam mengenai jenayah hidupan liar di Sabah juga semakin meningkat berikutan pelbagai aduan dan maklumat yang disalurkan kepada agensi itu.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan