Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jabatan Hidupan Liar Sabah Terima Dua Beruang Madu Minggu Ini

9:24pm 12/01/2016 Pak Roshan 86 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

depan-beruang-madu-kalimantan

TAWAU : Jabatan Hidupan Liar Sabah dijangka menerima dua ekor beruang madu minggu ini daripada Zoo Mini Taman Kolam Air Panas Tawau untuk diberi perlindungan sewajarnya.

Timbalan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, berkata beruang berkenaan akan dihantar ke Taman Hidupan Liar di Lok Kawi, Kota Kinabalu bagi penjagaan dan pemuliharaan lebih sempurna.

“Di Lok Kawi, kedua-dua beruang itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan menerima pemerhatian lanjut bagi menentukan sama ada boleh kekal tinggal di Lok Kawi atau dihantar ke tempat lain bagi proses pemulihan sebelum dilepaskan ke habitat asal,” kata Tuuga dalam kenyataan di sini, hari ini.

Susulan itu, Tuuga menafikan dakwaan kononnya seekor beruang madu telah dilepaskan pihaknya.

“Tidak masuk akal dan mustahil untuk Zoo Mini Taman Kolam Air Panas Tawau melepaskan beruang tanpa nasihat pihak profesional malah, tindakan itu juga tidak beretika,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini, beruang madu itu ditempatkan di dalam kurungan di kawasan taman itu sehingga Jabatan Hidupan Liar Sabah dapat menyediakan tempat pemuliharaan lebih sesuai dan terjamin.

“Dua ekor beruang ini perlu dipulihkan sebelum dilepaskan hidup liar di hutan,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan