Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jabatan, Agensi Kerajaan Perlu Perhebat Usaha Penjelasan CBP – Musa

musa

KOTA KINABALU– Jabatan dan agensi kerajaan berkaitan diminta memperhebatkan usaha penerangan dan penjelasan secara bersepadu mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) menjelang pelaksanaannya pada 1 April tahun depan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata semua lapisan masyarakat perlu memahami kesan dan manfaat pelaksanaan CBP.

“Rakyat perlu tahu bahawa CBP hanya boleh dikenakan oleh peniaga yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sahaja dan kita sebagai pengguna harus sentiasa melindungi dan mempertahankan hak kita daripada dieksploitasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

“Kerajaan akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan CBP sebagai alasan untuk menaikkan harga barang bagi mengaut keuntungan berlebihan,” katanya ketika merasmikan ‘Seminar CBP dan Anda’, anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Kampus Sabah dekat sini Selasa.

Di samping itu, Musa berkata isu berkaitan CBP sering dieksploitasikan pihak tertentu seperti pembangkang yang cuba mempengaruhi dan memesongkan pemahaman rakyat demi kepentingan agenda politik tertentu tanpa memikirkan manfaatnya kepada negara.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Negeri menjelaskan CBP yang akan dilaksanakan kelak tidak akan membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurutnya, CBP tidak akan dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas rakyat seperti makanan asas, pengangkutan awam, hospital dan klinik serta pendidikan.

Mengenai seminar yang dihadiri penjawat awam dan Persekutuan itu, Musa berharap peserta akan lebih jelas dan faham mengenai CBP dan seterusnya bertindak sebagai agen kerajaan dengan menyampaikan maklumat tepat.

Komen


Berita Berkaitan