Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

J-Lo tidak serik kahwin

j-lo

BEVERLY HILLS: Jennifer Lopez masih tidak serik terhadap perkahwinan walaupun sudah tiga kali melalui perceraian malah tetap mengimpikan untuk merasai detik manis sebagai pengantin kerana mengakui dirinya ‘berjiwa romantik.’

Penyanyi lagu ‘Booty’ yang baru berpisah dengan kekasihnya Casper Smart, 27, selepas bercinta selama dua setengah tahun itu masih percaya wujudnya cinta sejati.

“Saya pernah berkahwin dan pernah mencuba hubungan jangka panjang dengan harapan dapat berakhir dengan perkahwinan. Memang perkahwinan bukannya sesuatu yang mudah, namun saya tetap yakin dan percaya hubungan seperti itu boleh kekal.

“Pada saya, jika benar-benar sayangkan seseorang, kita perlu bersedia memberi komitmen dan hidup bersamanya sehingga akhir hayat.

“Memang saya berjiwa romantik dan yakin pada jodoh yang ditakdirkan menjadi pendamping hidup kita. Jadi kenalah berusaha mencarinya.

“Saya tidak putus asa walaupun sedih hubungan dengan pasangan sebelum ini terpaksa ditamatkan atas pelbagai sebab yang terlalu peribadi,” katanya dalam temubual dengan stesen radio Hot 97.

Jennifer yang mempunyai sepasang anak kembar, Max dan Emme, hasil perkahwinannya dengan suami ketiga, Marc Anthony baru-baru ini dilihat bermesra dengan penari Dancing With The Stars, Maksim Chmerkovskiy, 34, namun menegaskan mereka sekadar bersahabat. – AFP

Komen


Berita Berkaitan