Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Izara Aisyah Sanggup Berlakon Babak Cium Demi Filem?

3:41pm 20/11/2015 Pak Roshan 212 views Hiburan

Izara-Aisyah-Bercium-Dalam-Filem-Sinaran-700x525

Bila sebut filem arahan Osman Ali, pasti ada yang boleh menjangkakan filem tersebut bakal menyajikan babak-babak intim untuk memberi impak yang lebih romantis.

Buktinya, lihat sahajalah kontroversi yang melibatkan pelakon Izara Aisyah dan Remy Ishak yang dilihat berani melakonkan babak berpelukan dalam filem Pilot Cafe.

Namun, nampaknya nama aktres wanita itu kembali menjadi sebutan dek menimbulkan sensasi apabila dikatakan bercium di dalam filem Sinaran di bawah arahan pengarah tersebut.

Menjelaskan isu itu, Izara berkata, dia tidak berbuat seperti yang didakwa kerana babak ciuman itu sebenarnya adalah teknik kamera semata-mata.

“Saya tak cium dan tak kena pun, tetapi bunyi ciuman sahaja yang lebih. Biasalah dalam lakonan akan guna camera trick untuk menunjukkan perkara tersebut betul-betul berlaku,” katanya kepada Media Hiburan.

Bagaimanapun, Izara akui babak tersebut menimbulkan kerisauan kepada dirinya kerana bimbang akan ada maklum balas negatif daripada penonton.

Oleh itu, Izara berharap peminatnya tidak menghukum tanpa menonton terlebih dahulu filem berkenaan.

Dalam filem Sinaran, Izara dikatakan melakonkan babak bercium dengan Syarif (Sleeq). – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan