Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Isyarat Telefon Bimbit Dedah Rahsia Lokasi Pesawat QZ8501

aa

JAKARTA – Rahsia bagaimana pasukan pencari dan penyelamat berjaya mengesan lokasi terakhir pesawat QZ8501 terbongkar apabila Ketua Polis Indonesia, Jeneral Sutarman Paidi Pawiro mendedahkan ia dijejak hanya dengan berdasarkan isyarat telefon bimbit.

Dalam sidang akhbar khas di ibu pejabat Mabes Polri atau Markas Besar Polis Republik Indonesia di sini hari ini, beliau menceritakan pasukan itu cuba mencari isyarat daripada telefon selular mangsa yang dapat dikesan menara Base Transciever Station (BTS).

BTS ialah stesen penerima isyarat selular darat yang biasanya terdapat di setiap ibu sawat menara telekomunikasi tempatan dan kemudian akan menghantar semula isyarat tersebut ke stesen lain yang berdekatan sama ada secara gelombang mikro atau gentian optik.

Di Indonesia, dianggarkan ada lebih 23,000 menara BTS di kesemua 33 wilayah republik itu dengan paling banyak diuruskan firma milik pemerintah, Telkomsel iaitu 9,500 menara BTS selain yang diurus syarikat swasta tempatan lain iaitu XL, Indosat, HCPT dan Axis.

“Sejurus laporan pesawat AirAsia Indonesia itu hilang pagi Ahad, kami telah meminta semua waris menyenaraikan nombor telefon bimbit yang dibawa penumpang atau krew bagi memudahkan BTS mengesan gelombang isyarat selular mangsa,” kata Sutarman.

Pasukan pencari bekerjasama rapat dengan pasukan teknologi maklumat (IT) untuk menjejak koordinat isyarat telefon dan mereka bernasib baik kerana kebetulan ada mangsa didapati tidak mematikan telefon selular di dalam pesawat sebelum ia terhempas ke laut.

Berdasarkan analisis pakar IT, mereka cuba mengecilkan titik lokasi kapal terbang itu sebelum mengerahkan pesawat peninjau dan kapal tentera laut segera ke kawasan isyarat daripada telefon bimbit mangsa yang dikesan BTS dekat wilayah Kalimantan Tengah.

“Pada mulanya, kami bimbang kerana pasukan pencari gagal menemui sebarang puing atau serpihan bangkai pesawat QZ8501 di lokasi dinyatakan BTS, namun selepas menunggu seketika, baharulah timbul bukti dari dasar laut di Selat Karimata,” kata Sutarman.

Pesawat malang AirAsia Indonesia tersebut dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dengan membawa seramai 155 penumpang dan tujuh krew dilaporkan hilang pada Ahad lalu di perairan Laut Jawa dekat Pulau Belitung di tenggara Sumatera. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan