Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Isyarat kotak hitam EgyptAir dikesan

gambar hiasan
gambar hiasan

Kaherah: Pihak berkuasa Mesir semalam berkata, sebuah kapal Perancis berjaya mengesan isyarat dipercayai daripada kotak hitam pesawat malang EgyptAir yang terhempas bulan lalu, menyebabkan semua 66 penumpang dan anak kapalnya terbunuh.

Kementerian Penerbangan Awam Mesir memetik kenyataan jawatankuasa yang menyiasat nahas itu sebagai berkata, kapal Laplace berjaya mengesan isyarat itu tetapi tidak menyatakan bila dia dikesan.

Tentera Laut Perancis mengesahkan Laplace tiba di kawasan pencarian kelmarin.

“Peralatan Laplace dilaporkan mengesan isyarat itu dari dasar laut di kawasan pencarian. Isyarat itu dipercayai datang daripada satu daripada perakam data.

“Kapal kedua, John Lethbridge dari firma Deep Ocean Search juga akan menyertai usaha mencari minggu ini,” kata kenyataan itu.

Pesawat Airbus A320 itu dilaporkan terbang normal dalam keadaan cuaca baik pada waktu malam dari Paris ke Kaherah pada 19 Mei lalu sebelum terhempas. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan