Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Isu yang dibangkitkan Junz Wong hanya satu serangan politik

5:07pm 02/03/2017 Leolerry Lajius 149 views Politik,Tempatan

SEMPORNA: Tindakan Naib Presiden Parti Warisan Sabah Junz Wong yang sering mempersoalkan isu berkaitan kerajaan yang telah diselesaikan atau dijelaskan semasa persidangan Dewan Undangn Negeri (DUN) dianggap sebagai tindakan yang tidak relevan.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Semporna Datuk Ramlee Marhaban berkata, tindakan itu dilihat sebagai satu tujuan untuk memburuk-burukkan dan merendahkan kreadibiliti pemimpin-pemimpin UMNO dan juga Barisan Nasional (BN).

Ramlee yang memberi jawapan balas kepada surat terbuka Junz Wong turut menyatakan bahawa kesemua persoalan yang terkandung dalam surat berkenaan berkaitan dengan pemberian projek air telah dijawab semasa persidangan DUN pada 19 November tahun lepas.

Ramlee turut menjelaskan bahawa pemberian tender itu telah dibuat mengikut prosedur yang sepatutnya dan perlantikan syarikat bagi Operasi dan Penyelenggeraan, dibuat berikutan kekurangan tenaga kerja untuk mengendalikan loji oleh pihak Jabatan Air Sabah untuk membekalkan air kepada penduduk di kawasan yang terlibat.

“Kementerian Kewangan Sabah juga telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rahsuah Malaysia (SPRM) berhubung kes yang melibatkan Pengarah Jabatan Air Sabah dan timbalannya.”

“Lebih 200 saksi juga akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkeaan,”katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Tambah beliau, tiada penjelasan lanjut diperlukan untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Junz Wong kerana isu yang dibangkitkan hanya satu serangan politik.

“Saya percaya bahawa tindakannya adalah hanya untuk melemahkan kreadibiliti pemimpin-pemimpin BN dan bukan untuk rakyat.”

“Jika dia mahu menegakkan kebenaran untuk rakyat, mengapa dia tidak mempersoalkan projek yang dilaksanakan oleh Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Mohd Shafie Apdal, yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW),” katanya.

Ramlee turut mendakwa, terdapat juga projek yang dilaksanakan oleh Shafie dan tidak memberikan manfaat kepada rakyat termasuklah Projek-projek air di Sungai Intan, Semporna yang bernilai RM48 juta dan bekalan tenaga elektrik solar tujuh buah pulau di Semporna bernilai RM94 juta tidak dilaksanakan dengan betul yang jelas menunjukkan pembaziran wang awam dan perkara ini perlu disiasat oleh SPRM./SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan