Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Isu tilam lusuh SMK Tulid merupakan sabotaj dari pihak tidak bertanggungjawab

9:05pm 08/01/2016 Leolerry Lajius 1236 views Tempatan
Rutil menunjukkan gambar asrama SMK Tulid ketika sidang media tersebut.

Rutil menunjukkan gambar asrama SMK Tulid ketika sidang media tersebut.

KOTA KINABALU: Isu tilam lusuh di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tulid yang menjadi viral di media sosial merupakan satu sabotaj dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Pengetua Sekolah tersebut En. Rutil Bin Taising, tilam tersebut disimpan di bilik yang terkunci sebagai tujuan untuk dilupuskan dan melalui gambar yang di viralkan di media sosial pembungkus tilam tersebut telah dibuka dan pelajar sengaja diarahkan untuk duduk  di atas tilam tersebut.

“Pada hari kejadian kesemua Warden Asrama berada di dewan untuk menyambut kedatangan pelajar baru dan kunci bilik tersebut diserahkan kepada pengawas asrama namun tidak dapat dipastikan bagaimana bilik tersebut yang dalam keadaan terkunci telah dibuka,” katanya ketika sidang media yang dibuat di Wisma Jabatan Pendidikan Sabah.

Tambah beliau, pihak asrama telah menerima sebanyak 50 tilam baru pada 4 Januari lalu yang sepatutnya dihantar pada 2 Januari tetapi disebabkan beberapa kekangan ditambah dengan jarak sekolah tersebut dari Pekan Keningau sejauh 70 kilometer menyebabkan proses penghantaran telah lewat.

“Pihak kami tidak akan membuat laporan polis berkenaan dengan perbuatan individu yang cuba mensabotaj sekolah tersebut tetapi jika ada arahan dari pihak atasan laporan akan dibuat bagi menyiasat individu tersebut, “katanya.

Hasil keprihatinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Datuk Elron Alfred Angin (ADUN Nabawan) pihak sekolah akan menerima 200 tilam yang baru pada 12 Januari nanti.

Sekolah yang menempatkan seramai 366 orang pelajar itu, menjadi perhatian pengguna media sosial apabila gambar yang memperlihatkan  kedaan tilam yang lusuh di sekolah tersebut menjadi viral di laman sosial.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

▶ Show quoted text

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan