Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Isu Setinggan Di Tebing Sungai Tanah Rizab Perlu Diatasi Segera

GOTONG royong membersihkan tebing sungai Kampung Pisang Tawau
GOTONG royong membersihkan tebing sungai Kampung Pisang Tawau

TAWAU : Isu setinggan di tebing sungai tanah rizab di Sabah perlu diatasi segera bagi melindungi sungai yang menjadi sumber utama bekalan air terawat.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Pang Yuk Ming berkata semua agensi berkaitan perlu proaktif menangani masalah itu sebelum ia menjadi antara punca utama krisis air di negeri tersebut.

“Pada masa sama, sikap dan kesedaran rakyat mengenai tanggungjawab melindungi dan menjaga sungai juga perlu dipupuk di semua peringkat umur,” katanya ketika melancarkan Program Cintai Sungai di sini.

Mengulas mengenai program berkenaan, Pang berkata ianya akan dijalankan selama lima tahun bagi memastikan Sungai Tawau berada dalam keadaan baik dan cantik.

Menurutnya beberapa strategi dirancang bagi memulihkan Sungai Tawau yang menjadi kawasan tadahan air, antaranya menanam pokok di kawasan sungai.

Pang juga berharap kerajaan mempercepatkan pelaksanaan Projek Empangan Air Gudang 4 yang dirancang bagi mengatasi masalah air di daerah tersebut.

“Kita meminta projek ini disegerakan kerana ia boleh menyelesaikan masalah air selama 50 tahun akan datang di daerah ini,” katanya.

— BERNAMA

kampis2
Cintailah Sungai Kita…Program menanam pokok di tebing Sungai Kampung Pisang, Tawau yang dirasmikan oleh Datuk Pang Yuk Ming selaku Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
Sungai Kampung Pisang Tawau
Sungai Kampung Pisang Tawau

Komen


Berita Berkaitan