Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Isu Rai Krismas: Saya Tahu Apa Saya Buat – Stacy

7:05pm 25/12/2015 Pak Roshan 11901 views Hiburan,Mutakhir

stacy

PENYANYI popular kelahiran Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikah Stacy Anam minta semua peminat untuk menghormatinya setelah dia dihentam dengan teruk di laman Instagramnya baru-baru ini.

Dia dihentam teruk oleh peminatnya kerana video nyanyian Christmas Carol yang diposnya.  Di dalam video itu, kelihatan sekumpulan penyanyi sedang menyanyikan lagu-lagu Krismas di rumahnya di Penampang, Sabah.

Video yang diposnya tersebut telah mendapat 3,607 likes dan 446 komen. Rata-rata mereka mempersoalkan tentang pegangan Stacy yang kini sudah bergelar wanita Islam.

Ramai juga yang tidak kurang hebat menjadi pengkritik dan ada juga peminat yang mempertahankan Stacy.

Stacy yang memberi kenyataan berhubung isu ini berkata: “Saya tahu apa yang saya lakukan dan ianya tidak sepatutnya menjadi satu isu. Kita seharusnya menghormati semua agama.

“Ibu bapa saya masih Kristian dan tiada masalah untuk kumpulan penyanyi itu datang ke rumah. Ini merupakan sebahagian daripada tradisi kami menyambut Krismas.

Dia turut menambah: “Krismas juga merupakan saat di mana kami semua akan berkumpul, berjumpa dan bertukar cerita sesama sanak saudara.”

Selain itu, dia turut teruja kerana tunangnya, Akim dan keluarga akan datang ke Sabah untuk mengunjungi dia dan ahli keluarganya sempena perayaan ini.

Stacy telah memeluk Islam pada bulan Ogos lepas dan dijangka akan melangsungkan perkahwinan dengan Akim pada bulan Februari tahun hadapan.

– Sumber: BORNEO POST ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan