Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Isu Projek Pembinaan 500 Unit Rumah Teres Tergendala Di Ranau Akan Diselesasikan – Abdul Rahman

rahman dahlann

TUARAN — Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kerajaan negeri Sabah akan bekerjasama bagi menyelesaikan isu projek pembinaan 500 unit rumah teres di Taman Saujana Kinabalu, yang tergendala sejak lima tahun lalu demi kepentingan pembeli.

Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata masalah perumahan di daerah Ranau, di bawah kendalian Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), merupakan cabaran besar bagi kementeriannya dan beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya.

“Sebelum sesuatu projek perumahan dikategorikan sebagai terbengkalai, ia memerlukan proses yang panjang. Pemaju perumahan mesti bersetuju, pembeli mesti bersetuju dan pihak bank mesti bersetuju (untuk projek itu diisytihar sebagai terbengkalai) Kalau pembeli tidak bersetuju, kementerian saya tidak boleh mengisytiharkan rumah itu sebagai rumah terbengkalai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tuaran, di sini Ahad.

Beliau mengulas mengenai pembinaan projek perumahan berkenaan yang tergendala sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pembeli.

Justeru kata Abdul Rahman ketiga-tiga pihak mesti terlebih dahulu bersetuju bahawa sesuatu projek bermasalah itu sebelum pihak kementerian mengisytiharkannya sebagai terbengkalai.

Katanya selepas persetujuan seperti itu diperoleh dan sesuatu projek itu sudah diisytihar sebagai terbengkalai baharulah pihak kementerian boleh mengambil tindakan termasuk mencadangkan langkah-langkah pemulihan.

Mengenai masalah projek rumah terbengkalai di Lahad Datu melibatkan kira-kira 1,000 unit, Abdul Rahman berkata kementeriannya sedang berusaha memulihkannya.

Komen


Berita Berkaitan