Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Isu penempatan guru anak jati Sabah selesai

5:47pm 21/07/2016 Leolerry Lajius 314 views Pendidikan,Tempatan
Musa (tengah) mengambil gambar bersama tetamu yang hadir sempena majlis berkenaan.

Musa (tengah) mengambil gambar bersama tetamu yang hadir sempena majlis berkenaan.

KOTA KINABALU:Isu penempatan guru tempatan seramai lebih 500 orang awal tahun ini selesai apabila seramai 248  orang guru ditempatkan pada bulan lalu dan seramai 373 lagi akan ditempatkan pada 22 Julai nanti.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Hajah Maimunah Haji Suhaibul berkata, penempatan berkenaan adalah bagi mengisi kekosongan seramai 300 orang guru dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang mendapat kelulusan pertukaran tempat mengajar.

“Kesemua guru berkenaan adalah lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan dengan penempatan tersebut isu penempatan guru tempatan di negeri ini telah selesai,”katanya ketika ditemui media sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Maimunah turut menyatakan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah juga telah meluluskan penempatan lebih 500 orang guru interim yang akan ditempatan di sekolah-sekolah menengah.

“Penempatan guru interim itu adalah  melibatkan individu yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda Pendidikan dan hanya melibatkan anak jati negeri ini.”

“Bagi yang masih belum mendapatkan penempatan, saya menyeru agar mempersiapkan diri untuk bertugas di kawasan pedalaman kerana kawasan inilah merupakan keperluan utama yang sebenarnya,”katanya.

Turut Hadir sempena majlis berkenaan, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan turut dihiburkan dengan persembahan pementasan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Musa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempena majlis berkenaan.

Musa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempena majlis berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan