Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,819

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Isu Peluk Islam: Marsha Mohon Beri Ruang

12:39pm 04/12/2015 Pak Roshan 4528 views Hiburan,Mutakhir

Marsha-Milan

PENYANYI dan pelakon kelahiran Sabah yang pernah menjadi bintang Akademi Fantasia, Marsha Milan Londoh memohon agar semua pihak memberinya ruang berkenaan isu yang mengatakan beliau telah memeluk Islam.

Marsha yang enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan berkata, beliau meminta maaf kerana tidak dapat berkongsi sepenuhnya mengenai kisah hidupnya.

Jelasnya,  apa sahaja pilihan hidupnya, ianya tidak mempunyai kaitan dengan sesiapa dan memohon agar privasinya terus dihormati.

Pada masa sama, dia juga mengucapkan terima kasih atas segala keprihatinan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak terhadap dirinya. Marsha juga berterima kasih kepada peminatnya yang sentiasa mendoakan kebaikan berpanjangan buat dirinya. -MYNEWSHUBCC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan