Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Isu PATI Di Semporna Masih Terkawal : Komander PPM

12:14pm 01/11/2016 Pak Roshan 0 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

Marine-Police-600x401

SEMPORNA: Tidak berlaku pertambahan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) secara serius ke daerah Semporna pada kebelakangan ini walaupun dilapor berlaku krisis pergolakan di Selatan Filipina.

Demikian disahkan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun ketika dihubungi New Sabah Times berkata isu kemasukan PATI di daerah ini berada dalam keadaan terkawal.

Katanya, pihaknya sentiasa komited dan serius menjalankan tugas penguatkuasaan mengekang sekali gus membanteras kemasukan PATI yang tidak berkesudahan di negeri ini khususnya di daerah Semporna.

Menurutnya, pelaksanaan operasi Op Gelora dan Op Khas yang dijalankan amat berkesan dalam mengawal dan mengekang kemasukan PATI ke daerah ini apabila hampir setiap hari berjaya melakukan tangkapan PATI.

”Pada ketika ini keadaan terkawal dan tidak berlaku pertambahan kemasukan PATI secara serius dan pelaksanaan operasi Op Gelora dan Op Khas itu memang amat berkesan mengagalkan cubaan PATI untuk masuk,”katanya.

Dalam masa sama, beliau mengharapkan supaya masyarakat tampil memberi kerjasama dalam menyalurkan maklumat mengenai kemasukan orang luar atau PATI ke kawasan mereka untuk tindakan segera dan lebih berkesan.

Sementara itu, beliau enggan mengulas mengenai kerjasama daripada agensi penguatkuasa lain menangani PATI di kawasan itu kerana berpendapat mereka mempunyai cara dan prosuder operasi standard (SOP) masing- masing.

”Biar masyarakat sendiri menilai keberkesanan agensi yang lain dalam soal ini apapun kita berterima kasih atas sokongan padu media yang sentiasa menghargai sumbangan PPM kepada kesejahteraan masyarakat,” katanya lagi.

Untuk rekod sepanjang bulan Oktober beberapa kejayaan tangkapan PATI yang dilakukan PPM Semporna telah dikeluarkan New Sabah Times dengan yang terbaharu pada 27 Oktober lepas melibatkan empat PATI ditahan di kawasan Laut Pelabuhan Semporna. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan