Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Isu Negeri: Pemimpin BN Persekutuan Diminta Rujuk Kerajaan Negeri

datuk salleh

KOTA KINABALU– Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said meminta mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) persekutuan supaya merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan yang menyentuh isu di bawah bidang kuasa negeri.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata ia penting untuk mendapatkan gambaran jelas terlebih dahulu mengenai sesuatu perkara bagi mengelak kekeliruan dan salah faham.

“Kita dalam keluarga besar BN ada saluran yang boleh digunakan. Pandangan semua pihak harus didengar terlebih dahulu.

“Isu tanah adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan ia perkara sensitif bagi rakyat negeri ini,” katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Aidifitri bersama kakitangan Dewan Undangan Negeri di sini pada Selasa.

Beliau merujuk kepada kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Tenom baru-baru ini berkaitan isu tanah.

“Rujuk dan dapatkan gambaran sebenar daripada kerajaan negeri untuk elak kekeliruan, jangan sampai kenyataan itu melukakan hati orang Sabah,” Salleh.

Dalam isu tanah, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sememangnya mengambil pelbagai langkah dan usaha untuk menanganinya, malahan tindakan proaktif sudah diambil,” katanya.

Ahmad Zahid baru-baru ini dilaporkan menyentuh isu tanah orang asal negeri dan menyebut antara lain bahawa Barisan Nasional perlu mendengar suara dan hak rakyat.

Komen


Berita Berkaitan