Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,748

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Isu keselamatan perlu dibincang secara holistik- Nasir

2:32pm 21/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 16 views Isu Semasa,Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU- Isu keselamatan di negeri ini merupakan satu isu yang berterusan yang perlu dibincangkan secara holistik dan menyeluruh, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Nasir berkata usaha meningkatkan kerjasama yang holistik dengan negara- negara jiran tetangga perlu diberikan fokus dalam merancang dan merencana strategi keselamatan di negeri ini.

” Dengan kata lain, perkembangan yang berlaku di negara- negara jiran dan serantau seharusnya turut dilihat dalam perspektif keselamatan negara. Dan bukannya hanya kepada kes- kes penculikan semata- mata.

” Ini adalah kerana setelah saban tahun kita berhadapan dengan jenayah culik rentas sempadan ini, ternyata ia masih belum dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perbahasan pada Persidangan DUN kali ke-14 ,dekat sini, hari ini.

Selain itu, Nasir berkata bahawa persetujuan yang dimeterai antara Malaysia dan Filipina baru- baru ini dapat membantu kerajaan membendung dan mengekang jenayah rentas sempadan yang berlaku di perairan Sabah.

” Mewakili rakyat Sabah, khususnya warga di pantai timur, saya mengalu- alukan keputusan Presiden Filipina Rodrigo Duterte membenarkan pasukan keselamatan Malaysia memburu kumpulan penculik dan pengganas sehingga merentasi sempadan maritim negara itu.

” Saya katakan demikian, kerana dengan persetujuan tersebut, maka operasi pasukan keselamatan kita dapat melakukan tugas- tugas dan operasi mereka dengan lebih efektif, khususnya apabila terjadi jenayah seperti penculikan,” jelasnya.

Dalam masa sama, Nasir turut menyeru kepada semua agensi keselamatan agar mempertingkatkan jaringan kerjasama, memantapkan pertukaran maklumat risikan dan memperkukuhkan hubungan bersama masyarakat nelayan dan penduduk pesisir pantai.

” Ini kerana ‘modus operandi’ penjenayah rentas sempadan ini begitu licik sekali.. ada yang menyamar seperti nelayan, menyelinap ketika pertukaran syif rondaan, menunggu di garis sempadan perairan antarabangsa sebelum memintas mangsa sama ada dalam bot ataupun kapal dan sebagainya,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan