Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GST: Isu kad tambah nilai dibawa kepada Kastam – Hasan

thetelcosKOTA KINABALU – Isu berhubung kad tambah nilai prabayar yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh syarikat telekomunikasi akan dibawa untuk perhatian Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata perkara itu perlu diteliti dan diselesaikan bagi memastikan tidak wujud sebarang kekeliruan dalam kalangan pengguna yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Beliau berkata GST tidak perlu dikenakan terhadap mana-mana kad tambah nilai prabayar kerana difahamkan sudah terdapat cukai dikenakan dalam setiap kad itu.

“Saya akan bawa isu ini kepada pihak kastam kerana saya melihat sudah ada arahan (mengenakan GST) daripada ibu pejabat syarikat telekomunikasi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kiosk menjual kad tambah nilai dan pek permulaan bagi pengguna perkhidmatan prabayar di sebuah pusat beli-belah di sini, pada Rabu.

Terdahulu, Hasan meninjau harga barangan di pasaraya Giant yang turut disertai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Dalam perkembangan berkaitan, Hasan mahu rakyat di seluruh negara menjadi pengguna bijak yang membuat pilihan dan perbandingan harga sebelum membeli, manakala peniaga pula perlu menjalankan perniagaan mengikut etika dan tidak sesuka hati menaikkan harga serta mengenakan cukai sehingga membebankan pengguna.

“Saya juga tidak mahu peniaga berasa tertekan kerana kita mahu mewujudkan situasi menang-menang antara peniaga dan pengguna supaya masing-masing mendapat manfaat daripada pelaksanaan GST,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan