Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Isu Hina Nabi Muhammad: PBPBS Desak David Orak Mohon Maaf Secara Terbuka

davio orok

KOTA KINABALU:  Persatuan Belia Pantai Barat Selatan (PBPBS) mendesak individu yang mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W. serta agama Islam memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam atas kenyataan sensitifnya di laman sosial baru-baru ini.

Pengerusinya, Mohd Salim Japaran berkata anggota Parti Reformasi Negeri (Star) David Orok perlu berbuat demikian supaya tidak mengulangi kenyataan seumpama itu.

“Pentafsiran mengenai agama Islam yang David kemukakan itu cukup biadap dan boleh menyebabkan ketegangan kaum dan agama,” kata Mohd Salim ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis, Kota Kinabalu di sini, pada Isnin.

Salim berkata pihaknya juga menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuat siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut.

Beberapa badan bukan kerajaan termasuk Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Islam Sabah (Concerns) membuat laporan polis terhadap David berhubung isu itu, sejak Sabtu lepas.

Komen


Berita Berkaitan