Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Isu Dasar Kabotaj tidak lagi relevan jika pelabuhan Sepanggar jadi sebuah ‘transhipment hub’-Raymond

KOTA KINABALU: Isu Dasar Kabotaj tidak relevan sekiranya Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar (SBCP) dibangun dan dimajukan serta dipromosikan sebagai sebuah transhipment hub di rantau ini, kata Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah

Beliau yang merupakan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah berkata Pelabuhan Sepanggar berpotensi menjadi transhipment hub sama seperti Pelabuhan Klang.

“Kalau kita melabur di Pelabuhan Sepanggar dan jadikan ia sebagai transhipment hub… Ini bererti kapal domestik mahupun kapal asing akan datang ke Pelabuhan Sepanggar untuk transhipment,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing (PCS- Tamparuli) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Kali Ke-14, dekat sini, hari ini.

Selain itu, Raymond yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata Pelabuhan Sepanggar mempunyai kedudukan yang strategik di rantau ini.

“Kita harapkan dengan kedudukan strategik ini, kita dapat memanfaatkan peluang ekonomi yang wujud

“Kita juga mengalu- alukan cadangan agar Pelabuhan Sepanggar boleh dijadikan transhipment hub yang berjaya,” katanya.

Justeru itu, katanya, walaupun terdapat keperluan meliberalisasikan Dasar Kabotaj dari segi undang- undang namun pihaknya tetap menerima baik cadangan Kerajaan Pusat kerana Sabah memerlukan sebuah transhipment hub. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan