Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,707

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Istilah Momogun adalah serasi dan diterima oleh majoriti masyarakat

5:07pm 12/11/2016 Leolerry Lajius 16 views Kota Kinabalu,Tempatan

PENAMPANG: Istilah Momogun adalah serasi dan diterima oleh majoriti masyarakat.

Pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau berkata, bagi  UPKO, istilah ini sudah digunakan sejak 52 tahun yang lalu sesuai dengan nama parti berkenaan sejak ditubuhkan iaitu United Pasok Momogun Kadazan Organisation.

“Pada masa yang sama, kita akur dan sedar, istilah itu bukan  hak cipta dan bukan milik sesiapa. Ia adalah istilah untuk satu rumpun yang menggabungkan semua suku kaum Orang Asal, dan pada masa yang sama etnik Orang Asal itu masih mengekalkan  nama kaum masing-masing,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Konvenseyn UPKO di Pusat Kebudayaan Sabah, hari ini.

Beliau turut menyatakan, istilah Pasok atau Momogun atau Kadazan dan  beberapa kata nama khas yang  lain, sudah pun menjadi topik perbualan sejak tahun 60an.

”Justeru, saya mengesa kita semua untuk menjadikan semangat pemimpin awal kita dulu sebagai ilham dan pemangkin kesatupaduan dikalangan kita. Janganlah pula  perkara ini menjadi duri dalam daging sehingga memecah belahkan masyarakat kita,”katanya.

Madius turut menyentuh mengenai isu berhubung dengan masalah pemilikan tanah yang sering dihadapi oleh orang asal.

”Tahun ini Sabah diberikan RM20 juta lagi untuk membiayai kos penyukatan tanah dengan menggunakan sistem PANTAS. UPKO meminta supaya usaha diperhebatkan untuk menangani dan menyelesaikan isu-isu pemilikan tanah yang kini dipegang oleh Orang Asal hanya sebagai Native Customary Rights.”

“Setakat ini, UPKO boleh lah tersenyum sedikit kerana inisiatif yang diambil oleh kepimpinan Negeri dan Negara telah membantu Kerajaan untuk tidak kelihatan pro syarikat-syarikat besar,”katanya.

Walaubagaimanapun beliau menyatakan, masih banyak isu mengenai tanah yang hanya akan dapat dirungkai dengan kuasa politik oleh Kerajaan sama ada di Sabah, di Perak, negeri-negeri lain atau di peringkat Persekutuan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Madius menyampaikan replika yang menunjukkan jumlah keahlian UPKO kepada Najib.-Gambar Oleh Alex Mairin

Madius menyampaikan replika yang menunjukkan jumlah keahlian UPKO kepada Najib.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan