Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

“Isteri Yang Minta Cerai” – Ezany Nizarif

ezaney

PETALING JAYA – Pelakon Ezany Nizarif
mengesahkan bakal bercerai dengan isterinya,
Lizda Nuryanti, 32, selepas tujuh tahun
mendirikan rumah tangga.

Ezany, 41, berkata, walaupun berat hatinya
untuk berbuat demikian namun dia terpaksa
akur selepas didesak oleh Lizda agar dia
melafazkan talak.

“Hubungan kami suami-isteri sudah berada di
hujung tanduk. Tiada apa yang dapat
diselamatkan lagi.

“Sebenarnya dia yang minta (cerai). Dan
sebelum ini pun, sudah banyak kali dia minta.
Tujuh tahun kami bersama akhirnya saya
terpaksa akur dengan permintaan dia,” katanya
yang dihubungi mStar Online di sini pada
Rabu.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1
Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang
anak.

Ezany dan Lizda akhirnya bercerai selepas
tujuh tahun berkahwin.– mynewshub

Komen


Berita Berkaitan