Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Isteri tarik balik kes, mahkamah tetapkan tarikh 29 Mac untuk arahan DPP

4:38pm 08/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 139 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Mahkamah Majistret, disini, hari ini menetapkan tarikh 29 Mac depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu arahan dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) terhadap seorang lelaki yang didakwa menyebabkan kecederaan dan mengugut isterinya.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan tarikh tersebut setelah isteri tertuduh tampil ke mahkamah untuk menarik semula kes itu.

Apabila ditanya, isteri tertuduh mengaku bahawa dia tidak diugut oleh mana- mana pihak berkenaan penarikan semula kes tersebut.

Terdahulu, James Joji, 50 didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya di sebuah rumah di Kampung Duvanson,Putatan, pada jam 5 petang, 3 Januari lalu.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh juga dihukum di bawah Seksyan 326A Akta yang sama memperuntukkan hukuman dua tahun penjara atau denda RM 4,000 atau kedua- duanya sekali.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah sambil menghalakan lembing terhadap isterinya dengan mengatakan ‘ Saya cucuk kau’ dan ‘Saya kasih mati kamu semua’ sehingga menyebabkan kegentaran kepada mangsa, di kawasan, tempat dan masa yang sama.

James didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya sekali, jika di sabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan