Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Isteri minta cerai punca banduan lari dari jel

AGUS (berbaju merah) ketika ditangkap polis Banyuwangi.
AGUS (berbaju merah) ketika ditangkap polis Banyuwangi.

Banyuwangi: Seorang banduan ditangkap semula selepas memboloskan diri dari Penjara Banyuwangi dalam tempoh kurang dari 24 jam.

Puncanya – dia pulang ke rumah isterinya sejurus selepas melarikan diri.

Jurucakap polis, Tri Bisono Soemiharso berkata, Agus Sudiono, 38, ditangkap tepat jam 12 tengah malam kelmarin di Jember.

Apabila disoal siasat, kata Tri, Agus mengaku perlu menemui isterinya kerana wanita terbabit meminta cerai daripadanya.

“Kami sedang menyiasat bagaimana Agus boleh terlepas dari penjara dan melihat kemungkinan ada wader yang bersubahat dengan dia,” katanya.

Agus menunggang motosikal dari penjara untuk pulang menemui isterinya.

Sementara itu, Agus berkata, dia dimaklumkan mengenai permohonan cerai itu melalui mesej pesanan ringkas diberi isterinya.

“Saya kecewa kerana saya masuk penjara pun demi dia.

“Sejak di sini, dia juga jarang datang melawat saya,” katanya.

Sebelum ini Agus sudah enam kali keluar masuk penjara kerana kes mencuri motosikal. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan