Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Isteri Menteri Luar Thailand kagumi usaha Sabah pulihara alam semulajadi

Tanasak (tengah) diiringi Faridah (dua dari kanan) melihat topogragi Maliau Basin. - foto Jabatan Penerangan
Tanasak (tengah) diiringi Faridah (dua dari kanan) melihat topogragi Maliau Basin. – foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Isteri Menteri Luar Thailand, Penlaksana Patimapragon, menjelaskan beliau bukan sahaja terpesona dengan keindahan Sabah, malah turut kagum dengan usaha kerajaan negeri ini memulihara alam semulajadinya.

Sehubungan itu, Penlaksana yang mengiringi suaminya, Tanasak Patimapragorn sempena Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kota Kinabalu berkata, beliau berminat untuk kembali ke negeri ini bersama keluarganya melawat kepelbagaian flora dan fauna di Lembangan Maliau.

Dalam lawatan ke Yayasan Sabah hari ini, beliau turut dibawa ke pusat Teater Virtual Reality bagi merasai pengalaman berkunjung Lembangan Maliau menerusi teknologi tiga dimensi (3D).

Tanasak yang ditemani oleh isteri Ketua Menteri, Datin Seri Faridah Tussin dan Pengurus Kanan Kumpulan Yayasan Sabah, Rosmawati Lasuki, juga menyaksikan Galeri Tun Mustapha dan pameran batik. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan